Friday, July 31, 2009

ARTIKEL PERKAHWINAN VGANU

Senarai Semak Bagi Bakal Pengantin Kaum Melayu

Berikut adalah senarai semak untuk proses merisik, majlis pertunangan serta hari pernikahan. Sila cetak dan tandakan perkara yang telah anda lakukan.

MERISIK:
Pihak lelaki yang ingin melamar dan merisik si gadis pilihan, mereka perlulah memastikan perkara-perkara berikut di bawa bersama. Antaranya ialah:
• Cincin belah rotan. (cincin tanda)
• Wang tanda (hantaran)
• Baju sepasang atau kain
• Buah-buahan
• Kuih-muih
• Menentukan siapakah yang akan menjadi wakil anda. (ibu bapa atau ibu bapa saudara)
• Wakil pihak lelaki tersebut perlulah bertanya kepada ibu bapa si perempuan sama ada anak gadisnya itu telah mempunyai teman atau tidak.
• Jika tidak, maka wakil pihak lelaki perlulah menyatakan hajat untuk melamar si gadis.
• Jika ibu bapa si gadis telah bersetuju, maka cincin tanda dan lain-lain barang iringan seperti wang tanda, kain, buah-buahan dan kuih-muih diberikan.
• Jika mereka menerima barang-barang yang diberikan, maka secara tidak langsung, si gadis telahpun bersetuju untuk melayari hidup bersama lelaki tersebut.
• Wakil pihak lelaki berbincang tentang wang hantaran.
• Menetapkan hari untuk melangsungkan majlis pertunangan.

PADA HARI PERTUNANGAN:
• Cincin berlian
• Sirih junjung
• Lain-lain hantaran (separuh dari wang hantaran, sepasang baju, buah-buahan, kasut, kek, dan lain-lain) bergantung kepada apa yang telah anda rancangkan.
• Wakil pihak lelaki (ibu atau ibu saudara) yang akan menyarungkan cincin kepada si gadis.

MALAM BERINAI:
• Minta bantuan dari ahli keluarga dan sanak saudara untuk menginaikan anda.
• Jika ingin mengenakan henna, pastikan anda telah menempah mereka yang pakar dalam hal sedemikian sebulan sebelum majlis malam berinai anda.
Berikut adalah senarai semak untuk majlis perkahwinan atau persandingan. Sebaik sahaja kedua-dua belah keluarga telah menetapkan hari persandingan, maka perkara-perkara di bawah boleh dijadikan landasan dalam memastikan kelancaran majlis perkahwinan anda.

LAPAN – ENAM BULAN SEBELUM perkahwinan:
Bakal pengantin lelaki dan perempuan perlulah berbincang terlebih dahulu tentang beberapa perkara seperti berikut:
Bagi pengantin lelaki dan perempuan:
• Berbincang hal-hal perkahwinan (adat perkahwinan) dengan ibu bapa dari kedua-dua belah pihak bakal pengantin.
• Menentukan perbelanjaan yang akan dikeluarkan oleh kedua-dua belah pihak pengantin untuk majlis perkahwinan tersebut.
• Menentukan konsep majlis perkahwinan (hantaran, pelamin, bilik tidur dan lain-lain hiasan) yang anda ingini.(Majlis di hotel atau taman.)
• Rujuk direktori perkhidmatan perkahwinan (jurusolek, koleksi pakaian pengantin, bunga, kad jemputan perkahwinan dan lain-lain) di majalah, internet, buku atau melalui rakan-rakan yang telah berkahwin bagi mendapatkan gambaran awal.
• Mengenalpasti baju pengantin serta tetapkan bilangan pakaian persalinan yang diingini. (bagi yang bertudung, pastikan anda memilih pakaian yang disediakan sekali dengan pakaiannya)
• Tempah jurusolek/juruandam untuk majlis perkahwinan anda
• Mencari rumah baru, sama ada sewa atau membelinya.
• Kenalpasti Jabatan Agama Islam, Pejabat Agama Islam Daerah atau badan-badan Islam (swasta) yang berdekatan dengan kawasan anda, untuk mendaftar kursus pra perkahwinan. (Sila klik di sini untuk senarai Jabatan Agama Islam seluruh Malaysia)
Bagi pengantin lelaki:
• Semak semula jumlah sebenar wang hantaran yang dikenakan, (jika berlaku perubahan pada wang hantaran yang telah ditetapkan pada hari pertunangan anda) dan lain-lain hantaran.

LIMA BULAN SEBELUM perkahwinan:
Bagi pengantin lelaki dan perempuan:
• Menghadiri kursus pra perkahwinan di tempat dan pada tarikh yang telah ditetapkan oleh Jabatan Agama Islam, Pejabat Agama Islam Daerah atau badan-badan Islam swasta. (Sila klik di sini untuk alamat Jabatan Agama Islam seluruh Malaysia)
• Menempah tok kadi untuk majlis pernikahan anda. (Sila klik di sini untuk Senarai Kadi Seluruh Malaysia)
• Menempah videografi atau jurufoto untuk merakamkan detik-detik indah majlis perkahwinan anda.
• Membeli cincin kahwin.
• Tentukan sama ada anda ingin memasak sendiri atau menggunakan khidmat katerer. Jika ingin menggunakan khidmat katerer bincangkankan menu hidangan untuk majlis anda, serta harga yang ditawarkan.
• Menyediakan senarai tetamu yang akan dijemput
• Menempah sekumpulan pemuzik dan DJ (jika perlu)
• Lakukan rawatan muka, badan dan rambut.
• Jika ingin berbulan madu (dalam negara atau luar negara), tentukan tempat dan budjet untuknya. Segerakan bayaran pendahuluan bagi mengelakkan tempat ditempah orang lain.

TIGA BULAN SEBELUM perkahwinan:
Bagi pengantin lelaki dan perempuan:
• Memilih dan mencetak kad jemputan kahwin.
• Mengesahkan tempahan di hotel atau taman termasuk jumlah meja dan kerusi, menu dan sebagainya.
• Melakukan pemeriksaan kesihatan di klinik atau hospital.
• Rawatan intensif muka, badan dan rambut.
Bagi pengantin lelaki:
• Memaklumkan kepada saudara-mara tentang hari berlangsungnya majlis pernikahan anda.
• Mengenalpasti beberapa orang (saudara mara atau jiran-jiran) yang akan menyertai rombongan pihak lelaki.
Bagi pengantin perempuan:
• Kenalpasti dua orang saksi untuk majlis pernikahan anda.
• Bagi wanita yang kematian bapa, sila pastikan siapa wali nikah anda. (sila klik di sini untuk Panduan Perkahwinan – 8. Wali Nikah) Jika anda tidak mempunyai wali nikah, sila dapatkan wali hakim, dari mana-mana Jabatan Agama Islam untuk menikahkan anda. (Sila klik di sini untuk alamat Jabatan Agama Islam Seluruh Malaysia)

DUA BULAN SEBELUM perkahwinan:
Bagi pengantin lelaki dan perempuan:
• Membeli barang kemas
• Tentukan pengapit anda, jika perlu carikan baju yang bersesuaian untuk pengapit anda.
• Menghantar kad jemputan kepada para tetamu yang ingin dijemput.
• Merujuk kepada Jabatan Agama Islam dan Pejabat Islam Daerah untuk proses mendaftar pernikahan anda. (Sila klik di sini untuk senarai Pendaftar Nikah dan Penolong Pendaftar Nikah seluruh Malaysia)

TIGA MINGGU SEBELUM perkahwinan:
Bagi pengantin lelaki dan perempuan:
• Pastikan pakaian pengantin anda telah siap dan ambil pakaian tersebut jika anda telah berpuashati.
• Pastikan ada seseorang yang akan menjaga barang-barang anda semasa majlis perkahwinan berlangsung.
Bagi pengantin perempuan:
• Pilih gaya rambut yang anda ingini semasa majlis perkahwinan anda (bagi yang bertudung, pastikan gaya tudung yang akan dikenakan pada majlis perkahwinan anda nanti).

TIGA – SATU HARI SEBELUM perkahwinan:
Bagi pengantin lelaki dan perempuan:
• Menghias pelamin, bilik tidur pengantin, membuat sirih junjung dan lain-lain hantaran.
• Sediakan seterika, papan seterika, cermin, jarum dan benang, bagi memudahkan anda jika berlaku kecemasan.
• Jika perlu ingatkan tetamu anda tentang majlis perkahwinan anda melalui telefon.
• Hubungi jurufoto, juruvideo dan lain-lain (kompang, silat dan sebagainya) anda dan minta mereka datang awal pada majlis tersebut.
• Sediakan (packing) barang-barang yang perlu dibawa ke majlis tersebut. Elakkan melakukannya di saat-saat akhir kerana dikhuatiri ada barang yang tertinggal.
• Mandi air panas bersama aromaterapi untuk kesegaran badan.
• Tidur awal dan bersedia untuk menghadapi hari bahagia anda.
Bagi pengantin lelaki:
• Tentukan siapa yang akan menjadi jurucakap bagi rombongan pihak lelaki dan tuan ruamh pada majlis pernikahan.
Bagi pengantin perempuan:
• Hubungi hair dresser anda dan minta mereka datang awal pada majlis tersebut.
• Kenalpasti siapakah yang akan ditugaskan untuk menyambut tetamu pada hari perkahwinan anda. (begitu juga bagi majlis di pihak lelaki)

PADA HARI PERNIKAHAN:
Bagi pengantin lelaki dan perempuan:
• Pastikan anda membawa kad pengenalan, gambar, dan apa-apa dokuman yang diperlukan semasa majlis ijab dan kabul.
Bagi pengantin lelaki
• Pastikan anda telah menyediakan wang mas kahwin pada hari pernikahan anda.
• Pastikan wang hantaran (terutamanya wang tunai) diamanahkan kepada orang yang boleh dipercayai.
• Pastikan anda telah menyediakan wang (upah) untuk diberikan kepada tok kadi.
• Cincin / gelang tangan / rantai.
• Sirih junjung dan lain-lain hantaran.
• Pihak lelaki dan pengiring mestilah datang lebih awal sekurang-kurangnya setengah jam daripada waktu yang telah ditetapkan.
• Pastikan mereka yang menjadi saksi dan wali turut ada pada majlis pernikahan tersebut.
• Pastikan tok kadi yang akan menikahkan anda, telah diberitahu lebih awal tentang hari pernikahan anda. (Sila klik di sini untuk senarai Kadi seluruh Malaysia)
• Pada malam majlis pernikahan, majlis persalinan baju (jika perlu) diadakan. Pakaian yang biasa dipakai ialah baju yang menjadi kebanggan sesebuah negeri seperti baju Sari, Cheongsam, Minangkabau, Jawa, Mendaling dan lain-lain.

PADA HARI PERKAHWINAN:
Bagi pengantin lelaki dan perempuan:
• Ambil sarapan seawal tujuh pagi, bagi mengelakkan anda lapar, mengantuk dan tidak bermaya.
• Jangan takut untuk menghadapi hari bahagia anda. Bertenang dan sentiasa senyum.
• Pastikan majlis anda berjalan lancar seperti yang telah dirancangkan.
Bagi pengantin lelaki:
• Pastikan anda datang tepat pada masanya atau sekurang-kurangnya sepuluh minit awal dari waktu yang telah ditetapkan
• Pastikan kesemua hantaran telah dibawa termasuk sirih junjung
Bagi pengantin perempuan:
• Pastikan anda telah bersiap satu setengah jam lebih awal sebelum pengantin lelaki sampai ke rumah anda.

TIGA HARI SELEPAS perkahwinan:
• Melawat keluarga dan sanak saudara kedua-dua pihak.

Ehsan : Massa Studio


PROSEDUR PERMOHONAN PERKAHWINAN
Perkahwinan Selain Poligami/Wali Raja/Bawah Umur
Sebelum kebenaran berkahwin diberikan, seseorang itu perlu mengambil langkah-langkah berikut :

  1. Mendapatkan borang permohonan kebenaran berkahwin berharga RM 1.00 setiap satu daripada :
  • Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (Bahagian Undang-Undang Pentadbiran Keluarga Islam).
  • Pejabat Agama Daerah berdekatan.
  • Mengisi segala maklumat yang dikehendaki dalam borang tersebut dengan lengkap dan sempurna serta memastikan bahawa kedua- dua pasangan yang hendak berkahwin itu tidak ada halangan dari segi syarak di samping mendapat persetujuan wali. borang yang telah lengkap diisi hendaklah diserahkan kepada Pendaftar di daerah masing- masing pada tempoh yang lebih awal atau sekurang- kurangnya tidak lewat satu (1) minggu (7 hari) dari tarikh cadangan dilangsungkan perkahwinan itu.
  • Adalah sangat baik sekiranya wali dan pasangan terlibat serta saksi dapat hadir sama semasa mengemukakan borang permohonan kahwin tersebut bagi melicin dan memudahkan proses pertimbangan terhadap permohonan kebenaran kahwin tersebut.
2. Melampirkan Kembaran- Kembaran/ Perakuan- Perakuan berkaitan ( Fotostat 2 Salinan ):
  • Kad Pengenalan Diri
  • Lelaki
  • Perempuan
  • Wali
  • Dua Saksi (dalam borang)
  • Surat Akuan Mati (Duda/Balu).*
  • Surat Akuan Mati (Wali Akrab).*
  • Surat Akuan Memeluk Islam (Muallaf).*
  • Sijil/Perakuan menghadiri Kursus Pra Perkahwinan MBKPPI.*
  • Surat perakuan status Teruna atau Dara dari Majikan/Ketua Kampung/Penghulu Mukim/Imam Masjid/Akuan Sumpah.*
  • Surat pengesahan mastautin dari Ketua Kampung/Penghulu Mukim/Imam Masjid/Akuan Sumpah.*
  • Surat perakuan cerai (duda/janda) yang sah yang dikeluarkan di bawah Undang- Undang yang pada masa itu berkuatkuasa atau salinannya yang diperakui (disahkan benar) atau suatu perakuan yang diberikan oleh Hakim Syarie selepas penyiasatan yang wajar mengenai status perkahwinan itu.*
  • Surat perakuan dari Pendaftar bagi mukim atau negeri (polis/tentera) di mana lelaki itu bermastautin jika lelaki tersebut tinggal di mukim atau negeri yang berlainan dengan pihak perempuan.*

Lain - lain dokumen :

  • 4 keping gambar berukuran pasport.
  • Sila pastikan nama Jurunikah.
  • Sediakan RM5.00 untuk bayaran kebenaran kahwin
  • Setelah berpuas hati, Pendaftar boleh memberi kebenaran berkahwin dan pemohon dikehendaki menjelaskan bayaran sebanyak RM5.00 bagi maksud tersebut.

* Sila kembarkan dengan sijil asal

2. Akad Nikah - Bila boleh diadakan majlis akad nikah?

  • Majlis akad nikah bagi sesuatu perkahwinan yang dicadangkan itu boleh diadakan setelah kebenaran berkahwin diberi atau diluluskan.

3. Tempat Majlis Akad Nikah Dilangsungkan

  • Majlis akad nikah boleh diadakan hanya di dalam mukim di mana pihak perempuan itu bermastautin mengikut kehendak Enakmen Undang- Undang Pentadbiran Keluarga Islam Terengganu Bil.12 Tahun 1985, dan wajar jika majlis akad nikah itu dapat diadakan di rumah pengantin perempuan.
  • Majlis akad nikah boleh diadakan di luar mukim perempuan bermastautin samada di Terengganu atau di negeri lain dengan kebenaran Pendaftar atau Hakim Syarie (mengikut mana berkenaan) bagi negeri ini atau pihak berkuasa Negeri di mana perempuan itu bermastautin jika perempuan tersebut berasal dari negeri lain

4. Upacara Majlis Akad Nikah

  • Perkahwinan adalah dipandang tinggi di dalam Islam. Oleh itu, adalah tersangat wajar majlis akad nikah dilangsungkan dengan penuh sopan bersendikan adab dan nilai- nilai yang sesuai dengan Islam.
  • Garis panduan majlis akad nikah tersebut ada dikeluarkan oleh Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu. (Sila ikuti panduan tersebut apabila melangsungkan sesuatu majlis akad nikah)

5. Orang Yang Boleh Mengakad Nikah

  • Orang yang boleh mengakad nikahkan bagi sesuatu perkahwinan di negeri ini ialah :
  • Wali dengan kebenaran Pendaftar atau
  • Seorang jurunikah bertauliah bagi kawasan yang berkaitan
6. Bayaran Atas Perkhidmatan Kepada Jurunikah
  • Bayaran atas perkhidmatan Jurunikah ditetapkan sebanyak RM30.00

7. Pendaftaran Perkahwinan

  • Dalam masa tujuh (7 hari) selepas akad nikah yang diadakan di negeri ini, perkahwinan itu hendaklah didaftarkan di bawah Enakmen ini.
  • Bagi perkahwinan dan akad nikah di luar negara yang diadakan bukan di Kedutaan hendaklah dibuat dalam masa 2 bulan selepas salah satu pihak atau kedua- dua pihak itu sampai di Malaysia.
  • Bagi perkahwinan yang diakad nikahkan di Kedutaan Malaysia di luar negara pendaftaran perkahwinan hendaklah dibuat mengikut peraturan yang dipakai bagi pendaftaran perkahwinan yang diakad nikah dan didaftarkan di Terengganu seperti pada (7) di atas.

8. Surat Akuan (Sijil Nikah/Ta'liq)

  • Selepas pendaftaran dan selepas dibayar RM20.00 bagi surat perakuan nikah (termasuk Ta'liq), Pendaftar hendaklah mengeluarkan surat perakuan berkenaan dalam tempoh yang secepat mungkin.

9. Carta Aliran Permohonan Kahwin Selain Poligami/Wali Raja/Bawah Umur

  • Proses bagi memohon kebenaran berkahwin ini dapat dilihat seperti carta berikut. Klik Di Sini!

10. Kad Akuan Nikah

  • Selain Surat Akuan/Sijil Nikah, pasangan yang berkahwin di Terengganu boleh memohon untuk mendapatkan Kad Akuan Nikah yang mudah dibawa ke mana- mana dan dikenakan bayaran RM20.00.

Perkahwinan Poligami

  • Kebenaran berpoligami hendaklah dengan kelulusan bertulis dari Hakim Syarie mengikut ketetapan seksyen 21 Enakmen Undang-Undang Pentadbiran Keluarga Islam Terengganu Bil. 12 Tahun 1985. Dengan ini, pihak lelaki hendaklah terlebih dahulu mendapatkan kebenaran berpoligami tersebut dari pihak Mahkamah Syariah Terengganu (sebelum mengemukakan permohonan berkahwin kepada Bahagian Undang-Unadang Pentadbiran Keluarga Islam atau Pentadbir Daerah) dan menjelaskan bayaran di Mahkamah sebanyak RM50.00 (RM25.00 untuk kebenaran berpoligami dan RM25.00 untuk surat kebenaran berpoligami).
  • Setelah surat kebenaran berpoligami diperolehi maka pihak lelaki hendaklah melampirkan surat kebenaran melampirkan surat kebenaran tersebut di dalam borang permohonan kebenaran perkahwinan.